Thursday, May 11, 2017

Audit Dalaman EKSA JUPEM Johor Bil.3/2017



Bengkel pengemaskinian dokumentasi dan blog EKSA JUPEM Johor

Pada 09 Mei 2017, satu bengkel pengemaskinian dokumentasi dan blog EKSA JUPEM Johor telah dibuat di Bilik Mesyuarat Tanjung Puteri, Wisma Persekutuan, Johor Bahru.

Bengkel ini dianjurkan bersama oleh Jawatankuasa Induk dan juga Jawatankuasa Promosi EKSA JUPEM Johor.

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk menyelaraskan semula dokumentasi dan blog EKSA bagi membantu semua Zon EKSA dan Jawatankuasa yang berkaitan dalam membuat persiapan dalam Audit Dalaman Bil. 3/2017 yang akan berlangsung pada 14-16 Mei 2017.