Thursday, May 11, 2017

Audit Dalaman EKSA JUPEM Johor Bil.3/2017



Bengkel pengemaskinian dokumentasi dan blog EKSA JUPEM Johor

Pada 09 Mei 2017, satu bengkel pengemaskinian dokumentasi dan blog EKSA JUPEM Johor telah dibuat di Bilik Mesyuarat Tanjung Puteri, Wisma Persekutuan, Johor Bahru.

Bengkel ini dianjurkan bersama oleh Jawatankuasa Induk dan juga Jawatankuasa Promosi EKSA JUPEM Johor.

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk menyelaraskan semula dokumentasi dan blog EKSA bagi membantu semua Zon EKSA dan Jawatankuasa yang berkaitan dalam membuat persiapan dalam Audit Dalaman Bil. 3/2017 yang akan berlangsung pada 14-16 Mei 2017.






Wednesday, April 12, 2017

Audit Dalaman

Audit Dalaman EKSA Zon Pulau Rawa Bil. 2/2017

Sekitar Audit Dalaman EKSA Zon Pulau Rawa Bil. 2/2017 di Tingkat 7.

Program telah dimulakan dengan En Rohidi bin Mohamad selaku Ketua Zon Pulau Rawa mengalu-alukan kehadiran pasukan Juruaudit Dalaman ke Zon Pulau Rawa yang diketuai oleh Encik Rosman bin Yem.

Audit kali ini akan menyentuh lebih menyeluruh untuk menghadapi Pensijilan MAMPU yang dijangka akan berlangsung pada bulan Jun yang akan datang.

Sekitar Audit Dalaman EKSA Zon Pulau Rawa Bil. 2/2017

Tuesday, January 17, 2017

Sesi Taklimat Pengenalan kepada Blog EKSA JUPEM Johor

Sesi Taklimat Pengenalan kepada blog EKSA JUPEM Johor telah berlangsung pada 17 Januari 2017 (Selasa) bertempat di Bilik Mesyuarat Tanjung Puteri, Tingkat 9, Blok 'A' Wisma Persekutuan, Johor Bahru.


Program ini bertujuan untuk memberi pengetahuan asas tentang blog, cara membuat blog, (domain, hosting, design layout, posting article, edit, upload gambar, video dan lain-lain lagi) serta teknik asas blogging kepada setiap Zon/Jawatankuasa.

Zon Pulau Rawa telah menghantar dua wakil ke sesi Taklimat Pengenalan kepada Blog EKSA JUPEM Johor iaitu:-

Encik Rohidi bin Mohamad
Puan Suhaidah binti Mohd Khalid